
Oh! Tidak
(Video) Rakaman Dashcam Tunjuk Bukti Bas Dipandu Laju Sebelum Terbalik
Rakaman dashcam dedah pemanduan berbahaya bas UPSI sebelum kemalangan. 15 maut.
Satu rakaman video dashcam kini tular dan mencetuskan persoalan ramai selepas ia memaparkan detik-detik mencemaskan sebelum berlakunya kemalangan maut membabitkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik.
Dalam rakaman berdurasi kira-kira seminit itu, kelihatan bas berkenaan memotong sebuah kenderaan lain secara berbahaya di selekoh gelap yang tidak mempunyai pencahayaan mencukupi.
Bas hilang kawalan lepas potong di selekoh gelap…

Berdasarkan rakaman dashcam tersebut, bas yang membawa 42 pelajar itu dilihat memotong laju dari arah kanan sebelum hilang kawalan sejurus melepasi selekoh.
Bas terbabit kemudian melanggar pembahagi jalan dan menghentam sebuah Perodua Alza yang berada di hadapan. Akibat hentakan kuat, bas terbalik dan menyebabkan 15 penumpang terkorban, manakala 27 lagi dilaporkan cedera.
Insiden berlaku sekitar jam 1 pagi Isnin lalu ketika pelajar-pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang ke UPSI selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di Jerteh, Terengganu.
Netizen kecam syarikat bas, pertikai kenyataan dakwa pemandu “berhemah”…
Tularnya rakaman dashcam ini mencetuskan kemarahan orang ramai yang rata-rata menyifatkan pemanduan tersebut sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab.
Lebih mengundang reaksi, apabila syarikat bas berkenaan dilaporkan menyatakan bahawa pemandu tersebut seorang yang “berhemah dan biasa dengan laluan itu”.
Kalau benar berhemah, kenapa memotong di selekoh gelap dan terus hilang kawalan?- Soal seorang pengguna Facebook yang turut memuat naik semula video berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati bas terbabit terlebih dahulu melanggar bahagian belakang Perodua Alza sebelum terbabas.
Kes kini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk terhadap aspek teknikal dan kelajuan kenderaan. Rakaman dashcam yang sedang tular itu kini turut dijadikan bahan bukti utama untuk membantu siasatan.
Pssttt! Tragedi ini harus jadi peringatan besar buat semua pengendali kenderaan awam agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab di jalan raya. Setiap nyawa yang dibawa adalah amanah. Jangan biarkan kecuaian meragut masa depan generasi muda kita.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
