Connect with us

Oh! Media

(Video) Tak Sangka Kereta Kena Rompak Ketika Ziarah Kubur, RM8K Dan Dokumen Penting Lesap

rompak

Trending

(Video) Tak Sangka Kereta Kena Rompak Ketika Ziarah Kubur, RM8K Dan Dokumen Penting Lesap

Siapa sangka niat sebuah keluarga untuk menziarahi kubur berakhir dengan tragedi apabila mendapati kenderaan yang dinaiki telah dirompak.

ADVERTISEMENT

Dikatakan kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang semasa ahli keluarga berkenaan sedang menziarahi kubur dan mendapati tingkap kereta telah dipecahkan selepas selesai menziarah.

Menerusi perkongsian Fathiah Mohd di laman sosial Twitter, mangsa tidak sengaja tertinggal beg tangan di dalam kereta dan perompak memecahkan tingkap kereta mangsa untuk mengambil beg tangan.

Berdasarkan maklumat yang diberi, wang berjumlah RM8,000 berserta beberapa dokumen penting dapat dilarikan oleh perompak dalam kejadian berikut.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah terhadap perompak dan berasa simpati dan berharap agar mangsa tidak meninggalkan sebarang jenis barang berharga di dalam kereta kerana perbuatan itu berbahaya dan boleh menarik aktiviti-aktiviti jenayah.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas