Connect with us

Oh! Media

Polis Thailand Buru Rakyat Malaysia Rompak Kedai Emas, Bawa Lari RM1.17 Juta

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Polis Thailand Buru Rakyat Malaysia Rompak Kedai Emas, Bawa Lari RM1.17 Juta

Dalam satu kejadian yang mengejutkan di Hat Yai, seorang lelaki warga emas dipercayai rakyat Malaysia menjadi buruan polis Thailand selepas didakwa merompak sebuah kedai emas secara bersendirian.

Lelaki berusia 61 tahun itu dilaporkan menyamar sebagai pelanggan sebelum memasuki premis di Plaza Hat Yai sekitar jam 11.50 pagi, Selasa lalu. Suspek bersenjatakan pistol dan berjaya melarikan emas bernilai kira-kira 9 juta baht atau RM1.17 juta.

Guna pistol dan larikan diri dengan motosikal…

Img 4233

Ketua Polis Bahagian Ke-9, Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsi memaklumkan kepada media bahawa rakaman CCTV jelas menunjukkan kelibat suspek ketika melakukan rompakan bersenjata itu.

IKLAN

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang bersenjatakan pistol melarikan emas bernilai lebih kurang 9 juta baht (RM1.17 juta).- Katanya.

Tambah beliau, suspek yang mempunyai rekod lampau termasuk rompakan bersenjata melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

Bagaimanapun, kenderaan itu sudah pun ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian dan kini dihantar ke unit forensik untuk siasatan lanjut.

Sempadan negara diperketat, Malaysia sedia bantu…

Bimbang suspek akan menyelinap ke negara jiran, pihak berkuasa Thailand telah mengetatkan kawalan di sempadan.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menjelaskan bahawa pihaknya akan bekerjasama penuh dengan pasukan keselamatan Thailand bagi membantu siasatan.

Setakat ini, pihak berkuasa Thailand sedang melakukan siasatan lanjut untuk memastikan identiti suspek sama ada benar merupakan warga Malaysia atau sebaliknya.- Katanya.

#ApaKataOhmedia

Jenayah tidak mengenal usia. Walau apa pun alasannya, perbuatan seperti ini bukan saja melanggar undang-undang, malah turut mencemar imej negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menjaga nama baik negara di mana saja kita berada.

Kredit: Sinar Harian
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas