Connect with us

Oh! Media

(Video) Netizen Tak Jadi Sedih Tengok Scene Ini, Kapas Di Hidung Pelakon Tiba-Tiba Melompat

Trending

(Video) Netizen Tak Jadi Sedih Tengok Scene Ini, Kapas Di Hidung Pelakon Tiba-Tiba Melompat

Sebelum ini, sudah banyak babak melucukan dalam drama tempatan yang berlaku secara tidak disengajakan.

ADVERTISEMENT

Bagi penonton yang betul-betul menghayati cerita, mereka pasti perasan perkara-perkara mencuit hati yang tidak sepatutnya berlaku.

BACA: (VIDEO) Isteri Sedar Dari Koma Lepas Joget Tiktok, Babak Sinetron Ini Buat Netizen Berdekah!

Seperti video viral di TikTok ini, netizen mendakwa melihat kapas yang diletakkan di hidung pelakon semasa scene meninggal dunia tiba-tiba ‘terbang’ menandakan pelakon sedang bernafas.

Netizen yang sepatutnya sedih melihat Mak Yek (Didie Alias) mencium kaki dan meratap pemergian suaminya, Pak Mat (Mubarak Majid) menjadi terhibur gara-gara kapas itu.

@zulaikhaieyka3

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Dalam episod yang ke-38 , Pak Mat meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Mak Yek yang sering berlaku berkasar dengan suami dilihat meminta ampun disaksikan jiran tetangga yang lain.

@zulaikhaieyka3

Balas kepada @mikezick

♬ bunyi asal – Zulaikha Ieyka🦕

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata menyedari babak melucukan itu dan tertawa sebaik melihatnya. Kapas punya pasal, dah tak jadi sedih.

kapas
kapas
kapas

Kredit: TikTok @zulaikhaieyka3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas