Connect with us

Oh! Media

Video Leona Pergi Bercuti Di Pulau Undang Kecaman Netizen

Leona Bikini

Trending

Video Leona Pergi Bercuti Di Pulau Undang Kecaman Netizen

Rasanya ramai yang sudah kenal dengan nama Kasih Iris Leona iaitu anak kepada pelakon lama, Azhar Sulaiman yang sering menimbulkan kontroversi dengan cara pemakaiannya yang seksi.

ADVERTISEMENT

Biarpun sudah ditegur oleh bapanya mengenai cara pemakaian, Leona memilih untuk kekal dengan imej seperti itu walaupun sering dicemuh warganet.

Terbaharu, satu video yang dimuat naik oleh gadis terbabit di platform TikTok sekali lagi telah mengundang kecaman orang ramai kerana berpakaian bikini apabila bercuti di sebuah pulau.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat Leona ketika hendak turun dari bot memakai bikini serba hitam hingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya dipaparkan kepada khalayak umum.

Imej yang dipaparkan di dalam video terbabit sememangnya tidak mengambarkan seperti imej umat Islam yang sepatutnya dan disebabkan itu netizen berasa ‘panas’ apabila melihat video tersebut.

Biarpun sudah cukup kenal dengan cara pemakaian anak perempuan Azhar Sulaiman itu, netizen tetap meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka Leona akan sampai ke tahap itu untuk memakai pakaian sedemikian.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang mendoakan agar pintu hati gadis tersebut dibuka untuk kembali ke jalan Allah S.W.T suatu hari nanti.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas