Connect with us

Oh! Media

Umur Cecah 50 Tapi Nampak Muda, DS Vida Jalani Ujian Kesuburan

ds vida

Trending

Umur Cecah 50 Tapi Nampak Muda, DS Vida Jalani Ujian Kesuburan

Usahawan kosmetik dan jutawan, Datuk Seri Vida baru-baru ini ada berkongsikan video memaparkan dirinya menjalani ujian ‘Ovarian Reserve’. DS Vida melakukan ujian itu unutk tujuan mengetahui tahap kesuburannya pada akhir Ogos lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Gagal Dapat Hak Hadanah, Bekas Suami Datuk Seri Vida Tuntut Harta Arwah Anak Pula

DS Vida mengatakan dia telah memperoleh keputusan tersebut dan memaklumkan bahawa dia masih berpotensi untuk mempunyai zuriat dan berada dalam keadaan sihat meskipun sudah lanjut usia.

Jelasnya lagi, doktor bertauliah yang memeriksa keadaannya memberitahu bahawa tiada kolestrol dalam darah seperti darah ‘anak dara’.

Bila ada kisah-kisah nak kahwin ini, saya tak nak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah. Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan melahirkan zuriat. Maka saya buat ujian ovarian reserve, ambil darah untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya.

Vida dalam pada itu sempat memaklumkan bekas pembantu peribadinya dahulu iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli tahu mengenai perkara itu.

Ibu kepada pelakon cilik Cik B itu khabarnya telah mengirimkan kiriman suara sambil menangis tersedu-sedan selepas menjalani ujian terbabit.

IG Iqbal

Perkara tersebut turut dikongsikan Iqbal menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

IG Iqbal

Jika benar apa yang dikongsikan oleh Iqbal ini, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Bagi kami ini hal peribadi mereka. Semoga DS Vida dapat capai apa yang dihajati.

Kredit: Instragram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas