Connect with us

Oh! Media

Gagal Dapat Hak Hadanah, Bekas Suami Datuk Seri Vida Tuntut Harta Arwah Anak Pula

Trending

Gagal Dapat Hak Hadanah, Bekas Suami Datuk Seri Vida Tuntut Harta Arwah Anak Pula

November lalu, bekas suami kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Mohd Amin Yasin telah menfailkan tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama dua anaknya, Cik B dan Kacak.

ADVERTISEMENT

Dakwa Amin, last dia berjumpa dengan dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak. Itupun sempat jumpa dalam 15 minit je. Kalau nak tahu perkembangan mereka pun, Amin hanya boleh tengok melalui televisyen ataupun social media.

Namun, mahkahmah telah memutuskan yang Amin gagal mendapatkan hak hadanah untuk bertemu dengan Cik B dan Kacak. Tapi Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah telah mengarahkan Cik B dan Kacak untuk hubungi bapanya itu at least sebulan sekali bagi menjaga silaturrahim antara bapa dan anak.

Memberi respons tentang isu berkenaan, Datuk Seri Vida ternyata lega dan berharap supaya ia tidak dipanjangkan hingga mengganggu emosi Cik B dan Kacak. Jelas Vida, bukan dia yang halang, tapi anak-anaknya sendiri yang tak mahu berjumpa dengan bekas suaminya itu.

“Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak menggangu emosi anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhaka pula. Yang bercakap memang sedap, tapi yang menghadapinya kami.”

“Cik B dan Kacak boleh hubungi ayah mereka, bukan sebaliknya. Saya tak nak putuskan silaturrahim tapi anak-anak sendiri yang belum bersedia untuk berjumpa dengan ayah mereka atas sebab-sebab tertentu.” – jelasnya.

Selepas tuntutan hadanah ditolak, Amin sekarang menyatakan pula hasrat untuk menuntut harta sepencariannya dengan Datuk Seri Vida ketika mereka bercerai. Bukan itu je, Amin juga mahu tuntut pampasan insurans dua anaknya yang sudah meninggal dunia.

Selain Cik B dan Kacak, pasangan yang berkahwin pada tahun 2000 ini turut dikurniakan dua lagi anak lelaki iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie. Tapi, Eddie dan Edrie telah terlibat dalam tragedi kebakaran rumah Vida di Meru, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri tahun 2013.

“Selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dahulu sehingga bercerai. Selain itu, saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana ketika anak meninggal dulu, saya tidak berpeluang untuk menatap kali terakhir.” – katanya.

Harapnya konflik yang berlaku antara Datuk Seri Vida dan bekas suami dapat diselesaikan dengan cara baik. Kalau betul ada hak, insyaAllah pasti mahkamah akan luluskan.

Kredit: mStar, Gempak

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas