Connect with us

Oh! Media

Tular Video Beri Anak Minum Racun, Suami Isteri Ditahan Pihak Polis

Trending

Tular Video Beri Anak Minum Racun, Suami Isteri Ditahan Pihak Polis

Baru-baru ini tular di laman Facebook apabila tersebarnya sebuah video memaparkan sepasang suami isteri dan anaknya dalam sebuah kereta yang menunjukkan mereka meminum cecair dari botol dipercayai racun akibat tekanan semasa musim pandemik ini.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan video itu juga, mereka menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa pandemik ini sebelum bertindak meminum cecair dari botol tersebut sebagai salah satu cara untuk mengawal tekanan. Mereka juga turut memberikan kepada anaknya yang berusia lebih kurang dua tahun menggunakan picagari.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihak polis telah menahan satu pasangan suami isteri di Seremban bagi membantu siasatan selepas video berdurasi 16 minit tiga saat itu tular.

Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana boleh menjadi ikutan dan dorongan yang tidak baik dalam masyarakat dan unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Seremban.

Menurut Mohd. Said, susulan laporan itu, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri yang masing-masing berumur 29 tahun di sekitar Seremban pada pukul 10.50 malam semalam, manakala isterinya ditahan pada pukul 3.15 pagi tadi.

Walaubagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan melulu yang mampu mencetuskan ketindaktenteraman awam kerana boleh diambil tindakan undang-undang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas