Connect with us

Oh! Media

Oh! Lifestyle

Majikan Mengeluh Gen Z ‘Sentap’ Dan Sukar Diberi Maklum Balas, Tak Capai Standard Kerja?

Generasi Z kini menjadi tumpuan di tempat kerja, namun kebanyakan majikan merasakan pekerja muda ini tidak memenuhi jangkaan prestasi.

Menurut laporan agensi berita Jerman (dpa), ramai eksekutif menyatakan rasa kurang puas hati terhadap prestasi mereka, walaupun ditawarkan gaji graduan permulaan.

IKLAN

Prestasi di bawah jangkaan?

Tinjauan terhadap lebih 900 eksekutif menunjukkan tiga perempat daripada mereka tidak puas hati dengan prestasi pekerja Gen Z. Malah, enam daripada sepuluh syarikat mengaku telah memberhentikan sekurang-kurangnya seorang pekerja golongan ini yang baru diambil sejak awal tahun.

“Ramai yang bersikap ‘berhak’ dan mudah sentap”…

Laporan dari laman nasihat kerjaya Intelligent.com menunjukkan bahawa ramai majikan berpendapat golongan ini bersikap ‘berhak’ dan 63% menganggap mereka mudah terasa atau ‘sentap’. Gen Z juga dikatakan sukar menerima maklum balas dengan baik, kurang etika kerja, serta lemah dalam komunikasi.

Menurut Huy Nguyen, penasihat utama pendidikan di Intelligent, pekerja muda ini sering kekurangan pengalaman praktikal dan kemahiran insaniah yang kritikal dalam suasana kerja.

Susah berkomunikasi secara bersemuka?

Beberapa universiti terkenal seperti UC Berkeley dan Oxford University menyatakan kebimbangan tentang kesukaran pelajar masa kini untuk membaca bahan bacaan panjang. Pakar psikologi, Mark Travers, turut berpendapat generasi yang lebih gemar berkomunikasi melalui teks dan media sosial mungkin menghadapi cabaran untuk berbual bersemuka di tempat kerja.

#OhmediaNasihat

Buat Gen Z, mungkin inilah masa untuk muhasabah diri. Belajarlah menerima maklum balas dan asah kemahiran komunikasi, kerana dunia pekerjaan memerlukan lebih dari sekadar kelulusan akademik.

Hargai pengalaman, bina etika kerja yang baik, dan jadikan setiap teguran sebagai peluang untuk memperbaiki diri.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: New Strait Time


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas