Connect with us

Oh! Media

Farah Diana Dijumpai Di Rumah Kenalan Kawan Lelaki Di Kelantan

Ohmedia nur farah dania hilang ditemui

Oh! Tidak

Farah Diana Dijumpai Di Rumah Kenalan Kawan Lelaki Di Kelantan

Sebelum ini, seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Nur Farah Dania, 17 tahun dilaporkan hilang di rumah keluarga di Taman College Heights, Seremban.

Terkini, pihak polis melaporkan berjaya mengesan remaja itu berada di rumah kenalan lelaki di Kelantan. Polis juga mengesahkan remaja itu bukan hilang tetapi pergi ke sana tanpa izin keluarga.

Farah Dania dipercayai melarikan diri ke rumah kenalan lelaki di Kelantan…

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan perkara itu dan telah menghubungi keluarga untuk menjemput Farah.

IKLAN

Seorang remaja perempuan yang dilaporkan melarikan diri dari rumah di daerah ini semalam sudah ditemui hari ini di Kubang Kerian, Kelantan.

Mangsa ditemui dalam keadaan baik di rumah keluarga kenalan lelakinya dan dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarga dari Seremban.

Setakat ini masih belum ada sebarang penjelasan tentang motif Farah keluar rumah senyap-senyap dari Seremban ke Kelantan.

Ohmedia nur farah dania hilang ditemui

Jap!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas