Connect with us

Oh! Media

Tular Lelaki Petah Berkata-kata, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Trending

Tular Lelaki Petah Berkata-kata, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Tular sebelum ini mengenai kisah seorang individu yang betah berkata-kata dengan penuh meyakinkan di sebuah stesen minyak.

ADVERTISEMENT

Dia mula menjadi tular apabila berjaya menjawab pelbagai soalan yang dilemparkan dengan penuh confident, walaupun sedikit melalut dan meragukan.

Namun, adakah kita sedari bahawa disebalik telatah lucunya, terdapat juga beberapa kisah yang penuh menyayat hati berlaku sepanjang hidupnya.

Adik kongsi kisah menyayat hati

Adik kepada individu tersebut yang dikenali sebagai Tiara telah berkongsikan sedikit kisah mengenai abangnya, Baha, sebelum dia tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Tiara menyatakan bahawa abangnya dahulu terpaksa melupakan hasrat untuk penyambung pelajaran oleh sebab perlu menyara keluarga.

Selain itu, abangnya juga turut berusaha keras dalam melakukan pelbagai pekerjaan sehingga akhirnya mengalami tekanan yang melampau.

Baha bakar sijil sekolah

Menurutnya, Baha pada ketika dahulu merupakan seorang yang normal dan selepas rumah dilelong, hanya abangnya sahaja harapan untuk menyara keluarga.

Dulu Baha hidup normal. Bila rumah kena lelong, kami hidup susah.

Susah waktu tu hanya Allah sahaja yang tahu. Baha sahajalah harapan kami.

Katanya lagi, abangnya pernah membakar sijil sekolah yang dikumpul oleh kerana terlalu kecewa tidak dapat menyambung pelajaran.

Ada satu hari, Baha bakar semua sijil sekolah yang dia kumpul, dia kecewa sangat sebab tak dapat sambung belajar. Hanya mampu tengok kawan-kawan dia belajar.

Namun, walaupun impian Baha tak tercapai, dia tetap menyuruh adiknya agar menyambungkan pelajaran.

https://www.tiktok.com/@sayatiarachannnel/video/7000237565223750938?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6999992758693924122&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514

Pernah cari ubi kayu nak bagi adik makan

Menerusi hantaran yang lain, Tiara turut menyatakan bagaimana abangnya pernah berusaha sedaya upaya untuk mencari makanan untuk dirinya.

Hal itu kerana Baha merupakan anak sulung dan menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dalam memastikan adiknya tidak kelaparan.

Dulu kami ada segalanya, sampailah satu saat Allah tarik semuanya. Baha lah yang menjadi ketua keluarga sebab dia anak sulung

Pernah satu hari kami tiada makanan, abang aku keluar cari ubi kayu.

Waktu tu hujan, dia bawak balik plastik kosong dan minta maaf kat aku sebab hujan lebat tarik-tarik ubi tak dapat.

Tambahnya lagi, Baha juga pernah bekerja di sebuah kedai makan dan mendapatkan upah sebanyak RM10 dengan mencuci pinggan.

@sayatiarachannnel

cukup la ari ni ye sebab sy nk study esok exam nti sy cerita lagi #fypシ #fyp

♬ nhạc nền – Hera Studio – HERA Studio

Netizen turut sebak

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selain turut menzahirkan rasa sebak dengan kisah yang dikongsikan.

Setakat ini, hantaran yang dikongsikan itu rata-rata mencecah lebih daripada 200,000 jumlah tontonan serta lebih daripada 20,000 tanda suka.

Kredit: TikTok @sayatiarachannnel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas