Connect with us

Oh! Media

“Ibu Sayang Damin Sangat” – Ibu Mangsa Kebakaran Akibat Gurauan Rakan Luah Rasa Sedih

Damin Mikhail

Trending

“Ibu Sayang Damin Sangat” – Ibu Mangsa Kebakaran Akibat Gurauan Rakan Luah Rasa Sedih

Ibu kepada remaja lelaki berusia 16 tahun yang maut dalam satu kebakaran di Bandar Puncak Alam Fasa 3 meluahkan rasa sedih dengan kehilangan anak kelimanya Muhammad Damin Mikhail Bin Kamsol.

Dalam hantaran yang dibuat di Facebook itu, Hizanawati Hj Abu Bakar berkata, Damin seorang anak yang sangat baik dan beliau amat menyayangi arwah.

Damin
300617856 1413983249124401 4083765661648417702 n 1

Menurut beliau, jenazah masih berada di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan urusan pengebumian dijangka pada lewat petang ini.

IKLAN

Beliau memohon orang ramai mendoakan semoga urusan dipermudahkan dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

301973388 1413983419124384 643519595460577538 n

Terdahulu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam satu kebakaran di tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3. Difahamkan, kebakaran itu berpunca daripada dua rakan mangsa yang bergurau bermain api.

Rakan mangsa berkata ketika kejadian mereka sedang baring di atas sofa di dalam tandas berkenaan. Kebakaran bermula apabila mereka bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum api menjadi tidak terkawal.

Mangsa dikatakan tertidur di atas sofa itu namun sudah terjaga ketika kejadian. Rakan sempat meminta rakan keluar tetapi remaja itu didakwa baring semula di situ.

Dua rakan mangsa cuba membantu memadamkan kebakaran namun gagal kerana api semakin besar.

Kredit: Harian Metro | Facebook Hizanawati Hj Abu Bakar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas