Connect with us

Oh! Media

Rakyat Gesa Anwar Ibrahim Mohon Maaf, Anggap Gurauan Dengan Pelajar Perempuan Melampau!

Anwar ibrahim ohmedia

Oh! Negara

Rakyat Gesa Anwar Ibrahim Mohon Maaf, Anggap Gurauan Dengan Pelajar Perempuan Melampau!

Gurauan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap melampau! Ini selepas PMX bergurau dengan meminta nombor telefon seorang pelajar tingkatan enam dalam satu program.

Kejadian itu berlaku di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sewaktu Anwar hadir untuk program ‘Temu Anwar’.

Gurauan itu turut mendapat perhatian, Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz dengan meminta agar Anwar segera memohon maaf. Ini kerana kelakuan seperti itu memberi imej negatif sebagai seorang Perdana Menteri.

IKLAN

Kebanyakan lelaki lanjut usia akan menganggap ini hanya sebagai gurauan. Wanita berhadapan dengan gurauan ini hampir setiap hari.

Anwar Ibrahim

Anwar bergurau seperti itu selepas memuji pencapaian seorang pelajar bernama Adriana dek kepetahannya bercakap sewaktu mengemukakan soalan dengan tersusun.

Baru-baru ini kecoh juga tentang nombor plat yang tertulis ‘ISTERI PERDANA MENTERI’ dan ini penjelasan menteri negeri Sabah.

BACA: Kecoh Nombor Plat Vellfire Tulis ‘Isteri Perdana Menteri’, Dr Wan Azizah Tak Minta Pun

Kata Amira, cukuplah Anwar memuji pencapaian pelajar terbabit dan tidak perlu menyentuh soal rupa.

Kredit: Twitter

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas