Connect with us

Oh! Media

Suri Rumah Dipukau Wanita Baju Kurung Ungu, Cincin Dan Rantai Berjaya Dicuri

dipukau

Trending

Suri Rumah Dipukau Wanita Baju Kurung Ungu, Cincin Dan Rantai Berjaya Dicuri

Macam tak percaya jer bila zaman sekarang ni masih ada orang yang sanggup guna ilmu pukau untuk perdaya orang lain. Apapun, itulah yang berlaku dan kita masih tetap perlu sentiasa berhati-hati. Lagi-lagi bila jumpa atau didekati dengan orang tak dikenali.

ADVERTISEMENT

BACA: Dipukau 2 Warga Asing, Peniaga Durian Rugi RM4K

Memetik laporan Utusan, seorang suri rumah telah dipukau dan mengalami kerugian sehingga RM2,000 bila cincin dan rantai emas miliknya dilarikan seorang wanita tidak dikenali.

Kejadian itu berlaku di Kampung Keda, Sungai Udang dan ia berlaku kira-kira jam 10.45 pagi. Mangsa, Fitri Nadia berusia 22 tahun ketika itu tinggal berdua bersama anaknya, Hanif, 2 tahun dan suami Azrul, 24 tahun sedang bekerja.

Wanita misteri datang tanya ada simpan barang kemas atau tidak…

Ketika sedang mengemas rumah, saya terdengar seorang wanita memberi salam sebelum saya bergegas ke pintu hadapan untuk melihat siapa yang datang.

Apa yang saya ingat ketika tiba di pintu rumah, seorang wanita berbaju kurung warna ungu sedang memegang failnya dan bertanya kepada saya sama ada memiliki barang kemas atau tidak

Pada saat inilah mangsa terus tidak sedar apa yang berlaku selepas itu dan hanya sedar rantai di leher dan cincin di jari sudah tiada ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Yan.

Tak sedar lepas bertentang mata dengan wanita misteri..

Pada mulanya, saya bimbang jika barangan kemas itu tercicir di rumah dan walaupun pulang untuk mencari di serata tempat dalam rumah, namun, tidak menemuinya,

Saya seolah-olah dipukau oleh wanita itu kerana sebaik bertentang mata dengannya saya langsung tidak menyedari apa yang berlaku.

Mangsa dan suami pergi buat laporan polis dan kini ia sedang disiasat. Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji merujuk kes ini kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial kerana mangsa mungkin diperdaya ketika kejadian.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas