Connect with us

Oh! Media

Suka Rela Ikut Kawan, Aliah Qistina Ditemui Selamat Di Perak Lepas 18 Hari Hilang 

aliah qistina

Oh! Tidak

Suka Rela Ikut Kawan, Aliah Qistina Ditemui Selamat Di Perak Lepas 18 Hari Hilang 

Pencarian selama 18 hari berakhir selepas seorang pelajar tingkatan 4, Aliah Qistina Budiyanto ditemui selamat di pangsapuri rakannya terletak di Perak.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi mengesahkan remaja itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang, Rabu.

Aliah Qistina ditemui selamat

Hasil soal siasat yang dilakukan pihak polis, remaja itu mengaku secara sukarela mengikut rakan berusia 20-an dan tinggal bersama sejak dilaporkan hilang pada pertengahan Mac.

Ketika ditemui, Aliah tak mengalami sebarang kecederaan namun siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan sekiranya terdapat unsur kesalahan lain.

Lelaki terbabit turut membantu pihak polis untuk membawa gadis terbabit pulang ke Melaka, semalam.

Berkongsi dengan lebih lanjut, remaja itu ditemui dengan kerjasama polis di IPD Kampar Perak dan maklumat daripada orang ramai.

aliah qistina

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sebelum Aliah hilang, ibunya Noor Fatimahtul Zaharah Talib ada menegur anak kerana menggunakan telefon bimbit terlalu lama.

Anak disedari hilang selepas dia terjaga daripada tidur dan mendapati pintu dapur terbuka luas serta pintu hadapan tak berkunci.

Remaja itu juga keluar rumah tanpa membawa telefon, dompet dan kad pengenalan.

Kredit: Utusan | Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas