Connect with us

Oh! Media

Suami Curang Dengan Staf Bank Ketika Isteri Sarat Mengandung? Wanita Ini Dedah Bukti Mengejutkan

Ohmedia whatsapp Image 2025 02 03 at 124021 Pm

Oh! Tidak

Suami Curang Dengan Staf Bank Ketika Isteri Sarat Mengandung? Wanita Ini Dedah Bukti Mengejutkan

Seorang wanita meluahkan kekecewaannya selepas mendakwa suaminya berlaku curang dengan seorang wanita merupakan staf bank terkemuka.

Lebih menyedihkan, kecurangan itu berlaku ketika dia sedang sarat mengandung dan berpantang sendirian. Luahan itu dikongsikan menerusi satu hantaran media sosial yang kini viral di TikTok.

Sewa apartment RM1.3k sebulan

Skandal

Ketika diterjah, skandal suaminya mengaku bergelar janda sejak 4-5 tahun lalu. Namun, hasil siasatan mendapati dirinya masih bersuami berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan sekerja di bank dan pihak polis.

IKLAN

Katanya dah jadi miss J 4 tahun, ni tahun kelima, tapi kantoi semua orang yang kenal dia kata dia masih berstatus bini orang. Tengok la, dia cerita dekat laki aku kata dia dah menjanda since awal tahun lepas, tapi cerita dekat aku dah cerai almost 5 tahun. Kekasih hati pun tertipu ke ni?

Lebih teruk lagi, suaminya dikatakan duduk di sebuah apartment yang disewa khas oleh skandalnya dengan harga RM1,300 sebulan.

Hujung bulan 9 decide nak sewa bersama. Perempuan ni bayar RM1.3k sebulan servis apartment dekat Hab*** Denai Alam tu as port berkasih sayang dorang.

Malah, ketika wanita ini sedang bertarung nyawa melahirkan anak, suaminya tidak hadir di hospital dan dipercayai sedang berseronok dengan skandalnya.

Semasa melahirkan anak, suami tak datang ke hospital

Whatsapp Image 2025 02 03 at 123408 Pm

Pada hari pertama kelahiran anak mereka, lelaki itu memberi alasan sibuk bekerja tetapi rupa-rupanya sedang keluar makan malam dengan kekasih gelapnya.

Tak cukup dengan itu, suaminya dikatakan berbohong dengan alasan outstation tetapi sebenarnya pergi bercuti bersama kekasihnya ke Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis.

Bini ni tengah pantang sorang-sorang dekat rumah sambil jaga anak sulung sorang lagi umur 3 tahun. Dia boleh pergi bercuti dengan betina ni?

Si isteri juga mendakwa suaminya tidak pernah membawa dia dan anak-anak bercuti sejak kelahiran anak sulung mereka, tetapi sanggup menghabiskan masa dan wang untuk berseronok dengan wanita lain.

Dengan penuh rasa kecewa, si isteri mendedahkan suami menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku. Suami mendakwa curang kerana tidak tahan dengan sikap isteri yang sering meninggi suara dan panas baran.

Ohmedia whatsapp Image 2025 02 03 at 124021 Pm

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas