Connect with us

Oh! Media

Suami Pukul Isteri Hingga Tidak Bernyawa Sehari Sebelum Aidilfitri Hanya Kerana Mangsa Dedahkan Kecurangan

curang

Trending

Suami Pukul Isteri Hingga Tidak Bernyawa Sehari Sebelum Aidilfitri Hanya Kerana Mangsa Dedahkan Kecurangan

Lapor Utusan Online, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akibat dipukul oleh suaminya sendiri gara-gara mendedahkan kecurangan pasangannya itu di media sosial.

ADVERTISEMENT

Insiden tragis itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah flat di Batu 9, Kajang pada hari Ahad lalu.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat pegawai perubatan Hospital Kajang berikutan mangsa telah dihantar ke sana dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan yang memaklumkan bahawa mangsa yang berumur 28 tahun itu telah disahkan meninggal dunia setelah dihantar suaminya ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan.

arwah mati dipukul suami

Siasatan dijalankan dan mendapati mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.

Kata Zaid lagi, suami si mati yang bekerja sebagai mekanik itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi dakwaan membunuh.

Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek marah dengan mangsa berikutan arwah telah memuat naik dalam media sosial mengenai hubungan sulit suspek.- Katanya lagi.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman dan untuk suami durjana ini, terimalah balasan setimpalnya.

Kredit: Utusan Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas