Connect with us

Oh! Media

Suami Isteri Didakwa Hidu Gam Ketika Memandu, Anak Pula Duduk Dekat Belakang

hidu gam

Trending

Suami Isteri Didakwa Hidu Gam Ketika Memandu, Anak Pula Duduk Dekat Belakang

Bukan semua kanak-kanak dalam dunia ni memiliki ibu bapa yang dapat bimbing mereka jadi insan berguna. Sedih rasanya bila lihat anak-anak ini terpaksa hidup dalam keluarga yang sering melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

ADVERTISEMENT

Macam video yang tersebar hari ni, terlihat pasangan yang dipercayai suami isteri sedang menghidu sesuatu dalam plastik ketika sedang memandu kereta. Terlihat juga budak kecil yang sedang duduk di belakang dipercayai anak mereka.

Dua-dua tengah stim…

Video ini dikongsikan seorang pengguna Facebook yang mendakwa pasangan ini sedang menghidu gam. Apa yang merisaukan adalah budak kecil yang duduk di belakang dan takut terjadi perkara tidak diinginkan.

Kejadian ini difahamkan berlaku di Melaka dan individu yang berkongsi video ini menjelaskan dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana risau akan membahayakan kanak-kanak terbabit atas tindakan luar kawalan pemandu.

Ada juga yang meminta agar laporan polis dilakukan untuk siasatan lanjut. Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan dari mana-mana pihak. Jika benar seperti yang didakwa, kita harapkan pasangan terbabit diberikan kaunseling demi anak yang masih kecil.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas