Oh! Tidak
Suami Buat Hantaran Mengaku ‘Bujang’ Di TikTok, Hakim Sahkan Jatuh Talak Satu!
Talak yang disebut telah disahkan oleh mahkamah selepas isteri menyediakan bukti kukuh.
Tular di media sosial perkongsian seorang individu mengenai seorang suami yang tanpa niat buruk, telah memuat naik hantaran di TikTok mengaku dirinya bujang.
Namun, hantaran itu berakhir dengan lafaz cerai talak satu yang telah disahkan oleh hakim.
Lafaz cerai berkuat kuasa, isteri terus mulakan eddah
Kes tersebut menjadi pengajaran besar buat semua lelaki berstatus suami agar lebih berhati-hati apabila berbicara, khususnya di media sosial.

Tambahnya lagi, ini membuktikan bahawa perkataan atau pengakuan di media sosial boleh memberi kesan besar kepada rumahtangga.
Bukan rujukan hukum, tapi pengajaran penting

Dalam hantaran susulan, individu tersebut menjelaskan bahawa setiap kes perlu disahkan oleh mahkamah terlebih dahulu untuk menentukan sama ada jatuh talak atau tidak.
Guys, korang jangan terus refer ni as rujukan sama ada jatuh talak ke tak. Apa-apa kena pergi mahkamah untuk pengesahan. Kes ni mungkin isteri nya dah sediakan bukti banyak dekat mahkamah dan ada banyak bukti lain, dan pasangan ni datang untuk pengesahan. Kita ambik sebagai pengajaran je.
Beliau turut menitipkan nasihat ringkas kepada lelaki supaya berhati-hati dalam berbicara.
Pssttt! Jangan ambil ringan soal lafaz, apatah lagi yang melibatkan status perkahwinan. Fikir dulu sebelum muat naik sesuatu – takut niat bergurau, tapi kesannya kekal seumur hidup.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM