Connect with us

Oh! Tidak

“Sesen Pun Tak Pernah Bagi” – Kehidupan Terabai Sejak Kecil Tapi Dah Besar, Pakcik Minta Duit Poket

Bila sudah kehilangan ibu bapa ni, sepatutnya ahli keluarga seperti pakcik dan makcik lah yang akan ambil alih tugas sebagai penjaga yang sah.

Walau bagaimanapun, tak semua orang boleh sandang tugas yang besar itu dan ada juga yang mengambil kesempatan di atas kehilangan itu.

IKLAN

Menerusi hantaran di X, seorang wanita meluahkan rasa kesal kerana dia dan adik-beradik membesar tanpa perhatian daripada sesiapa.

Katanya, sejak umur 9 tahun, dia sudah menjadi anak yatim piatu dan kebajikannya diabaikan oleh bapa saudaranya.

Sepatutnya pakcik-pakcik aku la yang ambil alih untuk sara aku adik beradik.

Tapi sesen pun tak pernah bagi.

Walaupun hidup serba kekurangan, dia tetap berjaya mendapatkan pekerjaan ketika sudah dewasa.

Pakcik tak malu datang minta duit poket

Selepas bertahun lama dilupakan oleh pakcik mereka, wanita ini mendedahkan dia muncul semula untuk menagih duit poket .

Dia siap perli aku kedekut sebab tak bagi duit dekat dia.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpanya dan menasihatkan supaya tidak memberikan apa-apa kepada bapa saudaranya.

Kesiannya, terpaksa jadi matang sebelum usia. Apapun, semoga kita dijauhkan dari ahli keluarga yang nak mengambil kesempatan macam ni.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas