Connect with us

Oh! Media

Isteri Curang Sanggup Halau Suami Strok Keluar Rumah, Pakcik Umur 65 Tahun Terpaksa Jadi Gelandangan

Ohmedia isteri Curang Halau

Oh! Tidak

Isteri Curang Sanggup Halau Suami Strok Keluar Rumah, Pakcik Umur 65 Tahun Terpaksa Jadi Gelandangan

Tular di Instagram, lelaki berumur 65 tahun di Indonesia yang dikenali sebagai Pak Dada terpaksa hidup di tepi lorong kerana dihalau oleh isterinya.

Lebih sedih lagi, isterinya juga dikatakan curang dengan lelaki lain tergamak halau keluar suami walaupun tahu dia hidap penyakit strok.

Difahamkan pemilik video juga sedih melihat Pak Dada terpaksa menggunakan tangan kiri untuk makan kerana penyakitnya selain daripada kesian tengok pakaiannya yang lusuh dan hanya berkaki ayam untuk berjalan.

IKLAN

Tak mahu susahkan sesiapa

Mesti ramai terfikir kan manalah agaknya anak-anak disaat bapa yang sakit memerlukan pertolongan?

Walaupun dia mempunyai anak, warga emas itu menjelaskan dia enggan menyusahkan sesiapa lagi-lagi dengan masalah strok yang dihidapinya.

BACA: Isteri Curang Beri Alasan Suami Terlalu Sibuk, Mengaku Terlanjur Lagi Di Tahun Baru

Sementara itu, Pak Dada juga dikatakan terpaksa merempat di hadapan masjid ataupun kedai untuk tidur dan hanya mengharapkan makanan hasil ihsan pemberian orang lain.

Allahu… Sedihnya tengok pakcik ni terpaksa merempat sana sini untuk teruskan hidup. Sudahlah ditimpa strok, isteri pula sibuk curang dengan lelaki lain. Semoga ada yang dapat bantu pakcik ni lah ye.

Ohmedia isteri Curang Halau

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas