Connect with us

Oh! Media

Prasarana Siasat Video Tular Staf Pukul Orang Awam Di Kedai Serbaneka

Trending

Prasarana Siasat Video Tular Staf Pukul Orang Awam Di Kedai Serbaneka

Tular di media sosial hari ini video memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam Prasarana dikatakan memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka.

ADVERTISEMENT

Di dalam video tular itu, mangsa didakwa mengambil makanan tanpa membayarnya menyebabkan dua orang lelaki naik angin.

Susulan itu, Prasarana dalam satu kenyataan media berkata pihaknya memandang serius insiden yang berlaku dan telah menjalankan siasatan serta merta.

Kami memandang serius dakwaan bahawa si pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai di dalam video berkenaan.

Katanya lagi, tindakan si pemukul adalah bertentangan dengan etika kerja Prasarana. Kakitangan perlu mendapatkan bantuan atau menghubungi pihak berkuasa jika berhadapan situasi seperti ini.

Video tular

Video kejadian yang dimuat naik David Marshel sehingga kini telah mendapat lebih 500 perkongsian di laman Facebook. Netizen memberikan pelbagai reaksi dan memohon tindakan sewajarnya diambil.

Kredit: Facebook Rapid KL

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas