Connect with us

Oh! Media

Petronas Sahkan 2 Anak Syarikat Di Azerbaijan Telah Dirampas Waris Kesultanan Sulu Bernilai RM8 Bilion

petronas

Oh! Tidak

Petronas Sahkan 2 Anak Syarikat Di Azerbaijan Telah Dirampas Waris Kesultanan Sulu Bernilai RM8 Bilion

Terkini, kita dikejutkan dengan rampasan dua buah anak syarikat Petronas di Azerbaijan oleh waris kepada Kesultanan Sulu. Syarikat pengeluar minyak dan gas Malaysia, Petronas turut telah mengesahkan perkara itu dan akan mengambil tindakan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Cara Isi Minyak Petronas Guna Apple Watch

Satu laporan rasmi di Financial Times juga telah dikeluarkan dengan tajuk ‘Anak syarikat PETRONAS dirampas ketika peguam menekan tuntutan $15 bilion ke atas Malaysia’.

Kami mengesahkan bahawa dua anak syarikat seperti yang dinyatakan dalam laporan tersebut telah diberikan Saisie-arret pada 11 Julai 2022.

Petronas ingin menjelaskan bahawa anak syarikat ini, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus sebelum ini telah melepaskan keseluruhan asetnya di Republik Azerbaijan dan hasilnya dihantar pulang dengan sewajarnya.

Petronas lihat tindakan rampasan ke atas mereka tidak berasas

Sebelum ini media melaporkan peguam yang mewakili Kesultanan Sulu berjaya merampas dua anak syarikat Petronas. Rampasan ini dianggarkan bernilai RM8.87 bilion dan ia amat mengejutkan.

Kredit: Petronas

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas