Connect with us

Oh! Media

jmf

Oh! Tidak

Penonton Patah Hidung, Pendarahan Di Kepala Didakwa Dipukul JMF

Seorang lelaki tampil membuat laporan polis mendakwa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan selepas dipukul anggota Johor Military Force (JMF).

BACA: Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia Kedua Terburuk Di Dunia, Menanti Hukuman Dari FIFA

IKLAN

Kejadian itu berlaku ketika mangsa menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor Bahru.

JMF

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 30 tahun pulang ke Kuala Lumpur dan mendapatkan rawatan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Keadaan mangsa dilaporkan baik dan stabil. Mangsa seterusnya membuat laporan polis pada 11.50 pagi semalam di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur.

@seorangtina Membalas kepada @Bunga Kenanga 👺 ♬ bunyi asal – Seorang Tinaa

Menurut Ketua Polis daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya).

Orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro | TikTok @seorangtina

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas