Connect with us

Oh! Media

Pengorbanan Seorang Ibu, Wajah Berkedut Seperti Wanita Tua Ketika Hamil

Trending

Pengorbanan Seorang Ibu, Wajah Berkedut Seperti Wanita Tua Ketika Hamil

Setiap ibu hamil pasti akan melalui pengalaman berbeza antaranya alahan dan perubahan hormon. Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik.

ADVERTISEMENT

Ada segelintir wanita mengandung bertukar wajah menjadi berseri-seri, ada juga yang mengalami perubahan wajah yang teruk.

BACA: Wanita Hanya Tahu Dirinya Hamil 30 Minit Sebelum Melahirkan Anak

Seperti perkongsian wanita ini, wajahnya menjadi kusam, bengkak dan berkedut seperti wanita berusia sepanjang mengandungkan anak.

Menurutnya, pembawakan bayi yang dirasainya untuk kehamilan kali ini lain daripada yang lain sehingga wajahnya kelihatan seperti nenek-nenek.

Jelasnya, dia menunggu selama 8 tahun untuk kehadiran cahaya mata kedua. Sepanjang hamil, dia mengaku berasa malu dengan perubahan kulit wajah. Namun, dia menganggap ianya pengalaman berharga. Paling penting suaminya tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan memujinya cantik.

Di hantaran lain, dia turut berkongsi pengalaman yang dirasainya sepanjang kehamilan. Antaranya adalah alahan yang teruk sehingga dimasukkan ke dalam wad. Cukup tiga bulan hamil, dia mengalami pendarahan dan perlu ‘bedrest’ selama dua minggu.

Fuh, sungguh besar pengorbanan seorang ibu demi melahirkan zuriat, kan? Nasib baiklah ada suami yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buatnya.

Kredit: Cik Nur Ain

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas