Connect with us

Oh! Media

Polis Dedah Ramai Founder Dan Influencer Di Kelantan Terlibat Sindiket Dadah, Cuci Duit

Ohmedia influencer

Oh! Tidak

Polis Dedah Ramai Founder Dan Influencer Di Kelantan Terlibat Sindiket Dadah, Cuci Duit

Siapa sangka di sebalik kejayaan yang ditayang di media sosial, rupanya ada kisah gelap yang terbongkar.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan satu fakta mengejutkan mengenai pengasas produk dan pempengaruh di Kelantan rupa-rupanya terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.

Berdasarkan beberapa tangkapan sebelum ini

Md Yusof

Menurutnya, pendedahan ini berdasarkan beberapa siri tangkapan yang pernah dibuat oleh pihak polis sebelum ini.

IKLAN

Yang paling mengejutkan, ramai antara mereka menggunakan perniagaan sebagai ‘topeng’ untuk menyembunyikan jenayah.

Kes pertama membabitkan tangkapan pengasas produk bersama dadah bernilai RM5 juta pada 2020.

Difahamkan, meskipun perniagaan mereka kelihatan gah di mata masyarakat, ia sebenarnya hanya menjadi saluran untuk melindungi aktiviti haram.

Bukan itu sahaja, pada tahun berikutnya pula, seorang usahawan kosmetik bergelar Datin turut diberkas kerana kesalahan mengedar dadah.

Berselindung di sebalik bisnes

@mohdyusoff_ym

usahawan kelantan sebenarnya cuci duit? #ipkkelantan #kotabharu

♬ Hard News – DM Production

Menurut pihak polis, modus operandi mereka hampir sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan jenayah.

Datuk Mohd Yusoff turut menyentuh kes ketiga yang pernah menjadi tumpuan media tahun lalu, iaitu berkaitan sindiket dadah yang dikendalikan oleh ahli perniagaan terkenal di Kelantan.

Polis mengesan ahli perniagaan yang menjadi dalang sindiket dadah di negeri ini, mereka cuci duit haram melalui perniagaan dan guna individu lain untuk mengaburi pihak berkuasa.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, Ketua Polis Kelantan juga memberi amaran keras kepada semua yang terbabit.

Tegasnya, tidak kira siapa pun mereka, sama ada berpangkat atau bergelar, jika didapati bersalah tindakan akan tetap diambil.

Ohmedia influencer

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas