Oh! Negara
Jabatan Kimia Sahkan Tiada DNA Babi Dalam Sandwic Ham
Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir ditemui dalam semua sampel setiap perisa sandwic yang sebelum ini dikaitkan dengan penyalahgunaan logo halal.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, selepas menerima laporan rasmi daripada pihak berautoriti.
Ada pihak yang bertanya tentang isu DNA Porcine dan sebagainya, laporan daripada Jabatan Kimia yang berwibawa dan berautoriti telah mengesahkan bahawa tiada DNA babi dalam semua sampel, semua jenis perisa tersebut.- Katanya.
Menurut Datuk Armizan, siasatan terhadap syarikat berkenaan telah dilakukan secara telus dan menyeluruh, serta dirujuk kepada pihak berkuasa yang sah.
BACA: Jakim Akhirnya Beri Jawapan Isu Sijil Halal Produk Sandwich ‘Ham And Cheese’
Siasatan telus dan pendakwaan dijalankan segera…

Beliau menegaskan bahawa penggunaan logo halal yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan.
Kami berharap semua pihak memahami bahawa pendakwaan yang dibuat adalah berdasarkan pelanggaran undang-undang sedia ada.
Kami juga mengambil serius penggunaan logo halal secara tidak sah dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan.- Katanya.
Tambahnya lagi, walaupun KPDN bukan pengeluar logo halal, kementerian tetap komited dalam memastikan pematuhan undang-undang serta mengalu-alukan laporan dan aduan daripada masyarakat.
#ApaKataOhmedia
Penggunaan logo halal yang sah adalah satu perkara yang sangat penting bagi umat Islam di Malaysia.
Oleh itu, sebagai pengguna, kita perlu sentiasa peka dan berwaspada dengan setiap produk yang dibeli. Jika terdapat sebarang keraguan, laporkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM