Oh! Tidak
Pemimpin Negara Haram Cuba Buktikan Dia Masih Hidup
Pemimpin negara haram cuba buktikan dia masih hidup dengan minum kopi.
Perdana Menteri Negara Haram Jadah Israel, Benjamin Netanyahu (anak setan) nampaknya cuba buktikan dirinya masih bernyawa syaitan selepas muncul dalam satu video yang menunjukkan dirinya sedang menikmati secawan kopi di sebuah kafe berhampiran Baitulmaqdis.
Menurut laporan Reuters, video itu dimuat naik sendiri oleh Netanyahu di akaun Telegram miliknya bagi menjawab khabar angin yang tular mengatakan beliau telah meninggal dunia atau mengalami kecederaan.
Khabar angin Netanyahu mula tersebar

Sebelum ini, media kerajaan Iran dilaporkan menyebarkan dakwaan bahawa Netanyahu telah meninggal dunia. Perkara itu kemudiannya menjadi bualan hangat di media sosial di negara tersebut.
Disebabkan penyebaran maklumat itu semakin meluas, Netanyahu tampil dengan memuat naik video santai dirinya sedang berbual dengan pembantunya sambil menikmati kopi di sebuah kafe.
Reuters turut mengesahkan lokasi rakaman tersebut dengan membandingkan imej dalaman kafe itu dengan gambar fail premis berkenaan yang sepadan dengan rakaman dalam video.
Netanyahu berseloroh tentang khabar angin

Dalam video tersebut, pembantunya turut bertanya mengenai khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggal dunia. Netanyahu kemudian menjawab dengan nada berseloroh menggunakan permainan kata berkaitan perkataan “dead” dalam slanga bahasa Ibrani.
Saya gilakan kopi. Awak tahu tak? Saya gilakan rakyat saya.- Katanya.
Pada masa sama, Netanyahu turut menyentuh mengenai satu lagi dakwaan tular di media sosial yang mengatakan rakaman sidang akhbarnya sebelum ini dihasilkan menggunakan AI selepas kelihatan mempunyai enam jari dalam rakaman tersebut.

Netanyahu bagaimanapun menafikan perkara itu dengan menunjukkan kedua-dua tangannya kepada kamera bagi membuktikan jumlah jarinya adalah normal.
Adakah anda mahu mengira jari saya? Anda boleh melihatnya di sini dan di sini. Nampak? Sangat bagus.- Katanya.
Pssttt! Apapun kita doakan sahaja syaitan ni cepat-cepat mampus!
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM