Connect with us

Oh! Media

Pembantu Pusat Jagaan Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Pesakit Mental

Oh! Tidak

Pembantu Pusat Jagaan Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Pesakit Mental

Baru-baru ini, seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengakibatkan kematian penghuni sebuah pusat jagaan pesakit mental di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Ancam Bunuh YDPA Ditahan Polis

Lelaki berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pembantu pusat jagaan itu telah ditahan pada pukul 1 pagi hari ini.

Mangsa dipukul

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun ditemui tidak sedarkan diri di biliknya dalam pusat jagaan itu.

Mangsa yang merupakan pesakit mental dan penghuni pusat jagaan itu diperiksa oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Rasa sebelum disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati ada kesan cedera dan lebam pada kaki dan tangan dipercayai akibat objek tumpul.

Motif kejadian masih lagi disiasat dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suffian memaklumkan suspek telah direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas