Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ancam Bunuh YDPA Ditahan Polis

menyamar polis

Oh! Tidak

Lelaki Ancam Bunuh YDPA Ditahan Polis

Semalam tular satu hantaran dimuat naik seorang lelaki yang mengancam untuk membunuh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi Instagram storynya.

ADVERTISEMENT

BACA: Waris Kesultanan Sulu Ancam Mahu Rampas Aset Malaysia Di Seluruh Dunia

Meskipun sudah memadam hantaran dibuatnya itu, tindakan netizen yang membuat tangkap layar terhadap posting berkenaan berjaya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

Susulan daripada penularan di media sosial, pihak polis kemudiannya berjaya mengesan dan menahan individu yang berusia 30-an itu di Kajang sekitar malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas