Oh! Tidak
Pemandu Singapura Tutup Nombor Plat Isi Minyak RON95 Didenda RM9,000
Lelaki Singapura didenda RM9,000 sebab sorok nombor plat semasa isi minyak RON95 di Malaysia.
Seorang lelaki warga Singapura dikenakan denda sebanyak RM9,000 oleh Mahkamah Majistret selepas tindakannya menutup sebahagian nombor plat kenderaan ketika mengisi minyak RON95 menjadi tular di media sosial.
Lelaki berusia 64 tahun itu dikenali sebagai Long Sa Kow. Dia turut berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda yang dikenakan.
Mengaku bersalah di mahkamah

Kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Majistret dan hukuman dijatuhkan oleh Majistret R. Salini. Long Sa Kow mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan mahkamah.
Menurut fakta kes, tindakan menutup sebahagian nombor plat dilakukan semasa beliau mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Malaysia, walaupun RON95 hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
Pendakwaan berdasarkan rakaman tular

Tindakan Long Sa Kow dikesan selepas rakaman perlakuannya menutup nombor plat tular di media sosial. Ia menarik perhatian pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan membawa kes ini ke muka pengadilan.
Kesalahan beliau adalah di bawah undang-undang berkaitan penggunaan bahan api bersubsidi dan pemalsuan identiti kenderaan.
Keputusan ini diharap dapat beri pengajaran kepada pelancong atau pemandu asing supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan terhadap subsidi khas untuk rakyat Malaysia.
Pssttt! Ohmedia harap korang sentiasa patuh pada undang-undang, tak kira warga tempatan atau asing. Subsidi minyak ni khas untuk rakyat Malaysia, jadi jangan ambil mudah bila tengok orang lain buat salah. Kita kena bijak dan bertanggungjawab.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM