Oh! Negara
Anak Dedah Keadaan Najib Razak Ceria Sebelum Keputusan Mahkamah
Titah Adendum Najib Razak ditolak Mahkamah Tinggi. Anak dedah harapan tahanan rumah tidak kesampaian.
Pendedahan mengenai keadaan Datuk Seri Najib Razak sebelum keputusan Mahkamah Tinggi dibuat mencuri perhatian ramai. Anak sulungnya mendedahkan bekas perdana menteri itu berada dalam keadaan ceria pada sebelah pagi dan seolah-olah meletakkan harapan tinggi terhadap keputusan mahkamah.
Menurutnya, Najib juga sudah mula mengemas sebahagian barangan di penjara kerana menjangkakan permohonan berkait Titah Adendum bagi menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah akan diterima.
Najib dilihat ceria dan mula kemas barang

Anak sulung Najib, Nizar Najib, berkata bapanya kelihatan tenang dan positif ketika mereka bertemu sebelum keputusan diumumkan. Keadaan itu jelas berbeza berbanding situasi selepas permohonan ditolak.
Saya pun bila bertemu dengan ayahanda saya lihat mukanya mula-mulanya ceria pada waktu pagi dan telah mengemaskan sebahagian daripada barang-barang di tempat dia tinggal.- Katanya.

Namun, harapan tersebut tidak menjadi kenyataan apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman berkait Titah Adendum mengenai tahanan rumah. Keputusan itu sekali gus menamatkan jangkaan awal keluarga Najib.
Nizar meluahkan rasa kecewa kerana perjuangan mendapatkan tahanan rumah itu telah diusahakan sejak awal tahun lalu dan melibatkan dokumen yang menurutnya benar-benar wujud.
Titah adendum dipersoal dan dipertikai

Menurut Nizar, kewujudan Titah Adendum itu hanya diiktiraf selepas tindakan semakan kehakiman dibuat oleh pihak peguam Najib. Perkara itu menjadi punca utama kekecewaan keluarga.
Yang membuat semua orang kecewa dan marah titah Adendum sebenarnya disorok, kewujudannya tidak diiktiraf sehinggalah pihak peguam ayahanda buat semakan kehakiman.- Katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong mengenai tahanan rumah bukan perintah sah dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan. Hakim Alice Loke turut menyatakan tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang membolehkan pelaksanaan tahanan rumah.
Dalam perkembangan sama, seorang lagi anak Najib, Mohd Nazifuddin Najib, mengkritik pihak yang meraikan keputusan mahkamah tersebut dan menyerahkan penilaian kepada rakyat.
Pssttt! Ohmedia faham bila melibatkan keluarga dan harapan, emosi memang sukar dikawal. Apa pun pandangan korang, elok kita hadap isu besar macam ni dengan tenang dan biar proses undang-undang terus berjalan tanpa dipengaruhi sentimen semata-mata.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM