Connect with us

Oh! Media

Pemandu ‘Grab’ Sempat Bergurau Dengan Isteri Sebelum Maut Dalam Nahas Pesawat

Ohmedia pemandu

Oh! Tidak

Pemandu ‘Grab’ Sempat Bergurau Dengan Isteri Sebelum Maut Dalam Nahas Pesawat

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Sharipuddin Shaari juga merupakan pemandu ‘Grab’ dari tragedi nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang individu yang dipercayai anak saudara kepada Sharipuddin berkata, dia dan suami terkejut apabila mendapat perkhabaran berita tersebut.

Ya Allah, saya seharian ulas pasal nahas pesawat dekat Elmina dengan suami dari petang semalam. Tiba-tiba pagi tadi suami dapat berita, pemandu e-hailing yang turut sama terkorban dalam nahas itu orang yang kami kenal.

Al-Fatihah Pokcik Din. Pokcik Din tu suami kepada ibu saudara suami, Hairi Rezal Iskandar. Ya Allah Ya Rahman. Ketar tangan nak terima berita berat ini.

Dalam pada itu, individu berkenaan yang dikenali sebagai Hazwani Hamdan memohon orang ramai untuk mendoakan arwah bapa saudaranya itu.

IKLAN

367412878 2460706527432470 4814417824511049517 n

Mohon semua doakan kesejahteraan arwah Sharipuddin Shaari, semoga rohnya dirahmati Allah. Mohon semua kenalan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosa arwah.

Semoga Acik Suriana Su (isteri arwah) dan anak-anak tabah atas kehilangan ketua keluarga. Sabar banyak-banyak atas ujian dari Allah ini.

Malah, dalam hantaran yang sama, Hazwani memuat naik tangkapan skrin layar memaparkan gurauan terakhir antara mangsa dan isterinya melalui aplikasi WhatsApp.

Menerusi pesanan ringkas tersebut, arwah dilihat menghantar gambar menunjukkan luka dialaminya di bahagian muka akibat pemakaian kaca mata.

367422197 2460706540765802 6102171165919638514 n

Tambahan, arwah turut sempat berseloroh mengatakan bahawa kecederaan dialami itu membuatkan wajahnya kelihatan lebih ganas.

BACA: Pemandu ‘Grab’ Sempat ‘Reject’ Penumpang Sebelum Tragedi Pesawat Terhempas di Elmina

Terdahulu, mangsa Sharipuddin Shaari yang turut merupakan pemandu ‘Grab’ sempat menolak penumpang sebelum terlibat di dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas