Connect with us

Oh! Media

Pegawai Polis Ditahan Disyaki Minta Khidmat Seks Sebagai Ganjaran Siasatan

Polis

Oh! Tidak

Pegawai Polis Ditahan Disyaki Minta Khidmat Seks Sebagai Ganjaran Siasatan

Pegawai polis IPD Kuala Muda ditahan SPRM, disyaki guna kuasa minta khidmat seks.

Seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berusia 29 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas dua laporan berasingan diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis masing-masing pada 3 dan 4 Julai lalu.

Penahanan tersebut dilakukan susulan dakwaan bahawa pegawai itu menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai penyiasat.

Suspek dikatakan dengan niat mendapatkan habuan seksual daripada individu yang berkait rapat dengan kes siasatan yang dikendalinya.

IKLAN

Disyaki guna pengaruh sebagai pegawai penyiasat untuk dapat khidmat seks…

Seks

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan perkara itu dan menyatakan bahawa siasatan masih berjalan bersama pihak SPRM.

Saya mengesahkan kes ini masih dalam siasatan bersama SPRM. Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan selepas ini akan diserahkan kepada SPRM.- Katanya.

Menurut Hanyan lagi, pegawai tersebut dipercayai menggunakan pengaruhnya untuk memaksa atau mempengaruhi mangsa memberikan layanan seksual sebagai balasan berkaitan siasatan.

Pegawai polis disiasat bawah Seksyen 376(2)(f) kanun keseksaan…

Remaja

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan merogol dengan menyalahgunakan kedudukan atau kuasa.

Siasatan tertumpu kepada menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai penyiasat untuk memaksa mangsa atau adakah berlaku hubungan seksual yang tidak mendapat kerelaan.- Katanya lagi.

Setakat ini, pihak polis masih belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai mangsa atau butiran lanjut siasatan, dan menyerahkan kepada siasatan bersama SPRM untuk tindakan susulan.

Pssttt! Bila seseorang diberi kuasa untuk menjaga undang-undang, kuasa itu sepatutnya digunakan untuk melindungi, bukan mengambil kesempatan. Kes seperti ini sangat mengecewakan kerana ia mencalar kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan.

Apa pun pangkat atau jawatan, tiada siapa yang boleh terlepas jika menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri. Korang, mari kita sama-sama jadi masyarakat yang berani melaporkan salah laku dan tolak budaya takut bersuara demi keadilan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas