Connect with us

Oh! Media

Negeri Belum Cukup 80 Peratus Vaksinasi Tidak Boleh Direntas?

vaksinasi

COVID-19

Negeri Belum Cukup 80 Peratus Vaksinasi Tidak Boleh Direntas?

Semua rakyat Malaysia tidak sabar untuk mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa untuk membolehkan kita merentas negeri tanpa memerlukan surat daripada pihak polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Lagi Dua Peratus Nak Cukup 90, Peluang Rentas Negeri Makin Cerah?

Pada 4 Oktober 2021, 88 peratus individu dewasa telah lengkap vaksinasi dan ini memerlukan hanya 2 peratus sahaja lagi untuk membolehkan rakyat Malaysia merentas negeri.

Namun, adakah negeri yang belum lengkap 80 peratus vaksinasi dibolehkan untuk direntas?

Kaji SOP rentas di negeri belum cukup kadar vaksinasi

vaksinasi

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, kebenaran rentas negeri tidak seharusnya diberi di negeri yang belum mencapai kadar vaksinasi 80%.

Beliau berpendapat kerajaan perlu melihat semula kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana ianya boleh menyebabkan risiko jangkitan yang tinggi di negeri-negeri tertentu.

Merentas negeri akan menyaksikan orang ramai bergaul dan keadaan itu boleh merebakkan virus memandangkan ramai pelajar dibawah 12 tahun belum divaksin.

Rakyat perlu kuarantin jika disahkan positif

Menurutnya, apabila kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri dalam masa terdekat, rakyat bukan sahaja perlu mematuhi SOP, bahkan perlu membuat saringan dan jika disahkan positif, keperluan kuarantin diri wajib dilakukan. Dr Sharifah Ezat juga mengingatkan bahawa kerajaan perlu menegaskan untuk tidak membenarkan mereka yang belum divaksin merentas negeri.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita perlulah sentiasa menjaga SOP dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Kalau belum daftar vaksin, cepat-cepat daftar dan sama-sama kita jaga kita!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

To Top