Connect with us

Oh! Media

Lagi Dua Peratus Nak Cukup 90, Peluang Rentas Negeri Makin Cerah?

Trending

Lagi Dua Peratus Nak Cukup 90, Peluang Rentas Negeri Makin Cerah?

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membenarkan aktiviti rentas negeri sekiranya mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

ADVERTISEMENT

Lapor Astro Awani, selain rentas negeri, kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan.

BACA: “Sasaran 90 Peratus Untuk Kebenaran Rentas Negeri Adalah Tidak Patut..” – Pakar Virologi

Setakat 4 Oktober 2021, sebanyak 88 peratus atau 20,603,249 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin.

rentas negeri

Manakala, sebanyak 94.4% atau 22,098,764 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. Jumlah pemberian dos vaksin harian pula mencapai 221,812 individu.

Hal ini secara tidak langsung menimbulkan rasa teruja orang ramai yang mengharapkan kebenaran pulang ke kampung diberikan dalam waktu terdekat. Apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi.

Kredit: Kosmo! Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas