Connect with us

Oh! Media

Muka Berubah 70% Dari Wajah Asal, Ustaz Kazim Akui Terkena Penyakit ‘Ain

Trending

Muka Berubah 70% Dari Wajah Asal, Ustaz Kazim Akui Terkena Penyakit ‘Ain

Umum mengetahui, pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias sebelum ini pernah mendedahkan keadaan kesihatannya yang mana dia dikhabarkan terkena ‘penyakit misteri’.

ADVERTISEMENT

BACA: Kaki Bengkak Secara ‘Misteri’, Ustaz Kazim Akui Jumpa Gambar Dirinya Separuh Terbakar

Hal itu selepas kakinya bengkak secara tiba-tiba sekaligus menyukarkannya untuk berjalan dan terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda serta topang ketiak.

Lebih mengejutkan, terdapat perkongsian daripada seorang hamba Allah yang mengakui pernah ternampak gambar Ustaz Kazim dalam sebuah peti khas di Thailand semasa berubat melalui Sami dan menjangka pendakwah itu mungkin telah terkena buatan orang.

Ustaz Kazim kongsi keadaan terkini, akui berlaku perubahan ketara pada wajah

Tidak cukup dengan keadaan Ustaz Kazim yang dilihat ‘kritikal’, terbaharu pendakwah itu sekali lagi telah berkongsikan keadaan terkininya selepas menderita ‘penyakit misteri’.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok memaparkan perubahan ketara wajahnya termasuklah bahagian mata sehinggalah tona warna bibir.

Menerusi video tersebut, wajahnya yang terbaharu telah berubah lebih kurang 50 hingga 70 peratus dari wajah asalnya yang dilihat lebih ceria dan sihat pada dahulu kala.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh tengok sendiri. Saya rasa mungkin berubah dalam 50 hingga 70 peratus daripada wajah saya yang asal.

Itu sahajalah yang dapat saya bagitahu kalau ada orang tanya tentang kesihatan saya. Tengok muka, inilah dia.

@azlanazs #penyakit #ain #fyp #datoustazkazimelias #dakwah #islamic_video #tiktokguru_malaysia #viral #viralvideo ♬ bunyi asal – CaZs Production

Antara perubahan ketara yang dapat dilihat adalah bahagian mata yang dilihat semakin cengkung dan lebam serta warna bibir Ustaz Kazim yang kian menghitam.

Akui terkena penyakit ‘Ain, giat jalankan rawatan

Selain itu, Ustaz Kazim juga turut mengakui segala penderitaan yang dilaluinya sekarang ada berkait rapat dengan penyakit ‘Ain iaitu pandangan mata dari orang yang bersifat dengki serta iri hati.

Bagi menyembuhkan penyakitnya, dia kini sedang dalam proses untuk melakukan rawatan. Namun jika tidak berjaya, rawatan mandi sungai pada waktu subuh merupakan pilihan seterusnya.

Penyakit yang sedang saya hadapi ni mungkin ada benda-benda yang berkaitan dengan ‘Ain. Tapi saya lebih terkena kepada penyakit ‘Ain

Kalau semua rawatan-rawatan biasa tak jalan, Insha Allah saya kena mandi di sungai pada waktu subuh menghadap hulu sungai beberapa hari. Insha Allah sembuh.

Lebih mengejutkan, Ustaz Kazim juga turut mengakui penyakit A’in adalah sangat berbahaya dan mampu membawa kepada kematian berdasarkan hadis daripada Rasulullah SAW.

Penyakit Ain ni bahaya ke? Rasulullah pernah sebut antara penyakit yang paling banyak bawa kematian adalah penyakit A’in. Paling cepat sekali mati.

Walaubagaimanapun, pendakwah itu sempat mendoakan agar kita dijauhkan dari penyakit tersebut selain berharap agar dirinya sembuh seperti sedia kala.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat keadaan terkini Ustaz Kazim selain mendoakan agar segala rawatannya dipermudahkan.

Kredit: TikTok azlanazs

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas