Connect with us

Oh! Media

Ustaz Kazim Elias Ustaz Don Daniyal

Trending

Ustaz Kazim Elias Ulas Panjang Lebar Mengenai Ustaz Don

Kecoh mengenai pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal telah direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan di antara netizen di media sosial.

BACARTM ‘Rehatkan’ Ustaz Don Daniyal Daripada Program Salam Baitullah

IKLAN

Isu itu juga telah menarik perhatian pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias yang berpendapat merehatkan penceramah berkaliber seperti Ustaz Don itu merupakan satu kerugian buat masyarakat.

Menurut laporan Oh! Bulan, Ustaz Don dikatakan pendakwah yang baik dan ramai yang meminati cara penyampaiannya ketika berkuliah agama.

Saya juga pernah melalui situasi sama tetapi pegangan saya hanya buat terbaik. InsyaAllah pihak TV dan radio akan panggil semula. Mungkin ada pencerahan yang perlu dibuat.

Dalam hal ini kita kena berlapang dada. Masyarakat juga janganlah terus menghentam dia seolah-olah langsung tiada kebaikan dilakukan. Saya faham dia seorang yang terbuka dan tidak akan lawan semula.

Ustaz Kazim juga meminta orang ramai untuk tidak terus menghukum tapi bagi teguran dengan cara yang baik sekiranya ada kesilapan.

Jika dia ada buat kesalahan nasihatlah secara baik. Dia perlu melalui proses ini kerana ia adalah asam garam dalam dunia dakwah.

Dia ada berhubung dengan saya cakap pasal program. Tapi saya langsung tak balas. Saya tahu dia boleh lalui semua ini. Bagi dia masa. Tak perlu saya beri nasihat sebab saya faham dia seorang yang terbuka dan tidak akan lawan semula. Lagipun saya tak mahu beri dia sebarang tekanan.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas