Oh! Artis
Ustaz Kazim Elias Dedah Punca Dirinya Disihir
Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan artikel tentang penakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim yang telah disihir.
Akibat daripada itu, Ustaz Kazim perlu menanggung beberapa penyakit misteri. Bagimanapun, individu itu sudah pun tampil mengakui perbuatannya dan memohon maaf.
BACA: “Saya Pakai Begini Sebab Dinasihatkan Doktor” – Bertopi Tutup Muka, Ustaz Kazim Alah Cahaya Matahari
Ada orang terasa hati dengan ceramah sampai sanggup hantar sihir…
Ustaz Kazim dalam pada itu turut mendedahkan dirinya disihir berpunca daripada percakapannya sehingga membuatkan individu itu terasa hati.
Kali pertama saya kena sihir pada 1997, yang berpunca daripada percakapan saya sendiri. Ketika itu, saya masih mudah, mungkin jadi penceramah yang garang sebab terlalu bersemangat dan lantang apabila berkata-kata.
Saya tak sangka juga mungkin ada yang saya terlepas cakap ketika itu sehingga buat dia (individu berkenaan) marah.
Jadi, apabila dapat tahu orang itu, saya tanya kepadanya mengapa bertindak sampai menyihir saya? Dia (orang itu) cakap, terasa hati dengan apa saya kata ketika hadir dalam ceramah saya.
Ustaz Kazim bagaimanapun tak sangka kata-katanya itu melukakan hati orang kerana berceramah secara umum dan tak tuju pada sesiapa.
Sejak dari itu, Ustaz mengambil langkah berhati-hati ketika berceramah dan cuba tampil dengan konsep yang lebih santai.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM