
Oh! Tidak
Mujur Anak Tahfiz Tolong, Wanita Cerita Detik Cemas Jadi Mangsa Amukan Di Masjid
Oleh
Baru-baru ini muncul satu berita mengenai seorang lelaki berusia 20-an maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz.
BACA: Lelaki Mengamuk Ambulans Sampai Lambat, Dakwa Jadi Punca Mangsa Kemalangan Maut
Walau bagaimanapun, lelaki tersebut didakwa tidak waras dan bertindak menyerang dan memukul seorang individu sebelum kejadian.
Cerita sebenar
Mangsa, Wan Fadhilah mendedahkan dirinya telah didatangi oleh lelaki tersebut sebelum ditendang dan dipukul bertubi-tubi.
Badan dan kepala saya kemudian disepak bertubi-tubi sebelum saya diselamatkan oleh anak-anak tahfiz yang berada di lokasi kejadian. Saya hanya terbaring lemah. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada anak-anak tahfiz yang membantu saya malam tadi. Jika mereka tidak membantu, mungkin kecederaan saya juga lebih teruk.
Fadhilah juga memaklumkan bahawa selama 10 tahun berkhidmat sebagai tukang masak di pusat tahfiz itu, ini merupakan kali pertama kejadian tersebut berlaku.
Sepanjang saya bekerja di sana, tidak pernah berlaku kejadian sebegini, yang ada hanya orang kurang siuman yang tidak membahayakan orang awam. Tidak sangka, kali ini ia membabitkan saya sebagai mangsa.
Lelaki yang mempunyai masalah mental itu dipercayai mengamuk sebelum memukul seorang wanita berusia 50-an di perkarangan Masjid Tok Guru, Pulau Melaka pada 7 malam semalam.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
