Connect with us

Oh! Media

Lelaki Mengamuk Ambulans Sampai Lambat, Dakwa Jadi Punca Mangsa Kemalangan Maut

Ambulanslambat

Trending

Lelaki Mengamuk Ambulans Sampai Lambat, Dakwa Jadi Punca Mangsa Kemalangan Maut

Bergelar seorang petugas kesihatan serta pemandu ambulans bukanlah satu tugas yang mudah. Selain perlu sentiasa tenang berdepan dengan kecemasan, mereka juga terpaksa menghadap sikap-sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri di atas jalan raya.

BACA: (Video) Arahan & Siren Tidak Dihiraukan, Laluan Ambulans Terhalang Gara-Gara Pemandu Degil

Apa yang menjadi keutamaan bagi mereka ialah mereka perlu tiba di tempat kejadian secepat mungkin bagi memastikan mangsa yang terlibat dengan kecemasan mendapat rawatan awal dengan kadar segera.

IKLAN

Lelaki mengamuk dakwa ambulans datang lambat

Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki yang mengamuk dan memarahi petugas kesihatan di lokasi kemalangan.

@majoritiofficial Orang ramai kecam ambulans lewat memberi bantuan. Mesti ada sebab sampai lewat kan.😬 Video tanpa mozaic dalam artikel. #ambulans #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – Majoriti Official

Menerusi video dimuatnaik majoritiofficial itu, lelaki tersebut mengamuk kerana mendakwa ambulans yang lewat tiba di tempat kejadian menyebabkan mangsa kemalangan gagal diselamatkan.

Itulah, tengok kita panggil (ambulans) sudah berapa lama, kita tunggu (ambulans sampai) nak dekat satu jam lebih, bang. Jangan kira bang, bangsa ke kaum ke apa bang, ini manusia. Sekarang senang cerita awak cakap, (mangsa) sudah meninggal.

Meskipun dimarahi lelaki tersebut, dapat dilihat petugas kesihatan hanya mendiamkan diri dan tidak menghiraukan kata-kata lelaki itu.

Mangsa maut ditempat kejadian

Dalam pada itu, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun disahkan cedera parah dan maut di tempat kejadian.

@utusantvofficial Mangsa seorang lelaki berusia 30 tahun cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Netizen setuju dengan tindakan pemuda marah petugas kesihatan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan serta ada yang berkongsi pengalaman hampir sama perlu menunggu lama untuk ambulans sampai.

Screenshot 2022 08 24 at 114631
Screenshot 2022 08 24 at 114651

Tak boleh salahkan petugas KKM 100 peratus

Dalam pada itu, ada juga yang mengecam tindakan pemuda tersebut dengan mengatakan bahawa kita tidak mengetahui keadaan dan situasi sebenar petugas kesihatan ketika menjalankan tugas.

Screenshot 2022 08 24 at 114440
Screenshot 2022 08 24 at 114501
Screenshot 2022 08 24 at 114534

Apa pandangan korang?

Kredit: TikTok majoritiofficial | UtusanTV | Facebook Adinda Qilla

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas