Connect with us

Oh! Media

mayat tanpa kepala

Oh! Tidak

Mayat Wanita Tanpa Kepala, Kaki Dan Tangan Ditemui Dalam Tong Sampah Tepi Jalan

Lepas satu-satu kes bunuh berlaku di Malaysia ni! Terbaru, orang awam menjumpai mayat seorang wanita tanpa anggota badan yang lengkap di tepi jalan.

BACA: Mayat Lelaki Dijumpai Ditanam Belakang Rumah, Dibunuh Akibat Sebar Gambar Bog*l

IKLAN

Lapor Sinar Harian, mayat tanpa kepala, kaki dan tangan itu disumbat dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka.

Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, orang awam yang menjumpai mayat tampil membuat laporan polis kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember lalu.

mayat

Lebih tragis lagi apabila mayat adalah tidak berpakaian dan hanya beralaskan kain di bawahnya. Berdasarkan siasatan awal, mangsa disyaki seorang wanita berusia 20 ke 30 tahun.

Anggota badannya tidak cukup iaitu kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipercayai telah dipotong.

Jelas Arshad Abu lagi, lokasi penemuan mayat di jalan kampung dan kediaman terdekat adalah rumah kosong iaitu 100 meter dari situ.

Setakat ini, tiada sebarang tanda badan atau tatu ditemui, bagaimanapun pihak polis telah membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang tetapi negatif.

Pihak polis menyeru sesiapa yang kehilangan ahli keluarga tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di talian O6-5562222 atau pegawai penyiasat Deputi Superintenden Mohd Ali Hanafiah Hasim di talian 019-9536277.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas