Connect with us

Oh! Media

Mayat Lelaki Dijumpai Ditanam Belakang Rumah, Dibunuh Akibat Sebar Gambar Bog*l

Oh! Tidak

Mayat Lelaki Dijumpai Ditanam Belakang Rumah, Dibunuh Akibat Sebar Gambar Bog*l

Mayat seorang lelaki dijumpai ditanam dipercayai dibunuh selepas menyebarkan gambar bogel rakan kepada suspek yang lakukan perkara ini. Allahu, kes tak puas hati lah ni..

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, polis telah menahan lapan suspek (lima lelaki dan tiga wanita) masing-masing berusia antara 19 sehingga 46 tahun.

Semua suspek itu telah ditahan reman selama 13 hari bermula 25 Disember lepas bagi membantu siasatan dan perkara ini dikatakan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir.

Kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya Selangor dan sudah mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek yang mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti.

Lima orang suspek dituduh mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh.

Katanya lagi, seorang daripada suspek itu akan dituduh dengan dua pertuduhan iaitu melupuskan barang bukti dan bunuh manakala dua suspek lain dibebaskan dan akan jadi saksi pendakwaan.

Kesemua suspek akan dituduh di mahkamah Selayang pada hari ini di mana motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga berjaya menangkap suspek.

Mayat mangsa itu telah ditanam di belakang rumah mereka di di Sungai Choh, Rawang pada 23 Disember lepas bagi ‘tutup’ kejadian itu daripada diketahui.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas