Connect with us

Oh! Media

“Maaf, Tiada Komen Apa-Apa Dari Saya”, Da’i Syed Dituduh Rogol Gadis

Trending

“Maaf, Tiada Komen Apa-Apa Dari Saya”, Da’i Syed Dituduh Rogol Gadis

Viral di Twitter tentang seorang gadis yang membuat dakwaan bahawa Da’i Syed telah bawa kawan baiknya balik ke rumah dan merogol mangsa. Katanya, member sampai jadi trauma sebab diganggu. Aish, bukan main berat tuduhan ni!

ADVERTISEMENT
https://twitter.com/kucingslayer/status/1330886140270809088

Lebih teruk, gadis tersebut turut mendapatkan bukti-bukti dari mangsa-mangsa lain yang kononnya turut jadi mangsa gangguan pendakwah dan penyanyi tersebut. Setakat ini, dah lebih lima belas screenshot dari mangsa-mangsa lain telah disertakan oleh gadis tersebut dalam thread di Twitternya.

https://twitter.com/kucingslayer/status/1331172563678969857

Ikutkan ramai netizen yang tak setuju dengan tindakan gadis tersebut. Yelah, kalau dah kena ganggu seperti yang didakwa, pergilah buat laporan polis. Bukannya pergi tweet dan sebarkan di Twitter. Andai kata berita tak betul, tapi dah ramai yang retweet. Tak ke sia-sia fitnah tersebar?

Tidak berdiam diri, Da’i Syed telah tampil dan buat laporan polis. Yelah, tuduhan berat macam ni bukan hanya merosakkan nama dan reputasi Da’i Syed sendiri, tapi juga mencemarkan maruah seorang pendakwah. Da’i Syed juga turut menyatakan yang dia akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya pihak yang memalukan beliau tidak membersihkan semula nama baiknya.

https://twitter.com/DaiSyed_/status/1331191936040857602

Hm, ohmedia pun tak nak buat sebarang spekulasi. Walaupun segala screenshot yang dikumpul oleh gadis tersebut boleh jadi bahan bukti, tapi zaman teknologi sekarang macam-macam boleh direka dan dipalsukan. Apapun, kita nantikan apa pula kata pihak polis selepas siasatan.

Kredit: Twitter Da’i Syed, kucingslayer

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas