Connect with us

Oh! Media

Lepas Jadi Rider Makanan, Bos AirAsia Jual Rumah Pula

Ohmedia tonyfernandes

Trending

Lepas Jadi Rider Makanan, Bos AirAsia Jual Rumah Pula

Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan gambar Tony Fernandes sedang bersiap untuk melakukan penghantaran menaiki motosikal. Hari ini, tersebar pula berita Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia ini akan menjual rumahnya.

BACA: Pemilik AirAsia Tukar Bidang Jadi Penghantar Makanan?

Rumah Tony yang berkeluasan 50.6 hektar dan terletak di Ayrshire, Scotland tu bernilai 2.5 juta pound tau bersamaan RM13.55 juta dan penjualan ini terpaksa dilakukan Tony untuk menyelamatkan empayar perniagaan dia.

IKLAN

Tak kira kaya apatah lagi miskin memang betul-betul terkesan sekarang.

Sebelum ini Tony pernah menetap di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire selama tujuh tahun.

Rumah ini juga dikatakan turut dilengkapi dengan gimnasium, sauna dan gelanggang tenis. Jadi agak-agak kalau ambil loan lepas tak? Hurm.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas