Connect with us

Oh! Media

Anak Azhar Sulaiman Dituduh Intern Di AirAsia Guna Kabel Atuk, Netizen Back-Up Kata Memang Budak Pandai

azhar sulaiman

Oh! Artis

Anak Azhar Sulaiman Dituduh Intern Di AirAsia Guna Kabel Atuk, Netizen Back-Up Kata Memang Budak Pandai

Sekarang ni, ada sahaja isu melibatkan anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang cukup popular di TikTok. Terbaru, Leona dilihat sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia.

ADVERTISEMENT

BACA: Kena Tempias Kecaman Sebab Anak Pakai Seksi, Azhar Sulaiman Dah Tegur, Nak Rotan Dah Besar

Bukan senang nak dapat internship dalam syarikat yang besar macam ni tau sebab kita perlu bersaing dengan ramai pelajar dari universiti lain.

AirAsia perkenalkan intern baru mereka..

Melihat kepada perkongsian akaun TikTok @airasiasuperapp, mereka telah memperkenalkan Leona sebagai pelatih industri terbaru mereka sambil melakukan beberapa gerakan tarian.

Di AirAsia nanti, Leona akan ditugaskan untuk hasilkan konten atau kandungan kreatif. Tugasan ini amat sesuai untuk Leona yang sudahpun bergelar sebagai TikToker.

Bagaimanapun, sudah tentu akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan mengadaikan Leona menggunakan cable. Ini kerana Leona juga merupakan cucu kepada co-founder AirAsia iaitu Datuk Pahamin Rajab.

Ramai yang memberikan respon masing-masing di ruangan komen dan sesetengah daripada mereka dilihat seperti memerli Leona kerana menggunakan ‘cable’ datuknya untuk menjadi ‘intern’.

Anak Azhar bukan guna cable tapi dia memang budak pandai..

Namun, segelintir dilihat memihak kepadanya dan berkata Leona itu sendiri sebenarnya seorang pelajar yang bijak pandai.

Leona sebelum ini telah mendapat keputusan yang baik dalam SPM dengan 7A. Jadi dia tidaklah menggunakan ‘cable’ semata-mata tetapi juga kerana kepintarannya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas