Connect with us

Oh! Media

Tengah Plan Untuk Vacation? Ni Tempat Menarik Korang Boleh Cuba & Tips Tempah Penerbangan Murah!

Branded

Tengah Plan Untuk Vacation? Ni Tempat Menarik Korang Boleh Cuba & Tips Tempah Penerbangan Murah!

“Stress la aku dengan kerja yang tak habis ni, aku nak pergi bercuti!!!”

Adakah akhir-akhir ni korang rasa kurang bersemangat? Bila kerja pula rasa lemau dan tak produktif? 

Ini maknanya korang perlukan percutian!!!

Yelah, siapa je tak bosan asyik ulang rutin yang sama hampir setiap hari kan? Inilah masaya korang kena rancang percutian!

Tak tau nak travel ke mana? Ini tempat percutian menarik dalam dan luar negara yang Ohmedia nak cadangkan untuk korang!

Dalam negara

1. Langkawi

Sekali seumur hidup, korang kena cuba menikmati keindahan Langkawi daripada atas kereta kabel. Gayat weyh bila tengok semua benda kecil je kat bawah!

2. Johor Bahru

Nak bawa anak kecil pergi bercuti? Jom ke Legoland. Ada pelbagai tarikan menarik yang bukan anak-anak je enjoy, korang yang parent pun boleh join sekali!

3. Tawau

Ingin menikmati keindahan alam semula jadi yang memukau dengan destinasi percutian atas air? Jomlah ke Tawau, air dia serius cantik jernih dan cantik gila!

4. Kota Kinabalu

Apa yang best dekat Kinabalu? Mestilah gunungnya yang tertinggi di Malaysia. Inilah salah satu wishlist wajib kaki hikers. Perasaan bila tawan Gunung Kinabalu ni, macam dapat tawan dunia!

Kalau nak feeling-feeling New Zealand, korang boleh singgah Kundasang.

5. Kuching

Selain terkenal dengan makanan seperti mee kolok dan kek lapis, Kuching juga terkenal dengan pelancongan atas air. Jangan lepaskan peluang menaiki bot dan menikmati keunikkan budaya di bumi kenyalang ini. 

6. Miri

Selain Kuching, satu lagi tempat yang korang kena terokai di Sarawak ialah Miri. Disini terletaknya salah satu taman negara iaitu Taman Negara Bukit Lambir. Istimewanya taman negara ini, terdapat satu kawasan hutan dipterokarp tanah rendah dengan keluasan sekitar 6,952 hektar. Luas tu!!!

Jangan lepaskan peluang juga untuk menyaksikan pemandangan tepi laut dan keindahan matahari terbenam di Coco Cabana.

Luar negara

1. Singapura

Kalau sebut je Singapura, semua tau yang negara Singa Putih  ni terkenal dengan taman tema Universal Studio yang pertama di Asia Tenggara.

Selain watak animasi kanak-kanak yang popular, jangan lepaskan peluang menaiki pelbagai rides yang disediakan. 

2.  Vietnam

Tahukah korang yang Hanoi merupakan salah satu destinasi pelancongan terbaik berdasarkan maklum balas di Trip Advisor? Keindahan pulau dan tinggalan jajahan Perancis, menjadi tarikan pengunjung ke negara ni, selain nak menikmati kopi Vietnam yang lazat.

Selain Hanoi, Da Nang,Nha Trang dan Phu Quoc destinasi terbaik untuk menikmati keindahan pantai dan aktiviti laut. Mana yang sukakan bunga pula, korang boleh ke Da Lat yang turut dikenali sebagai City of Eternal Spring. Korang pasti terpegun menyaksikan keindahan bunga di sini.

3. Thailand

Negara yang terkenal dengan simbolik gajah ni tak perlu diperkenalkan lagi, salah satu lokasi wajib pergi ialah Phuket yang merupakan pulau terbesar di Thailand. Kalau nak buat island hopping korang bolehlah ke Krabi. Jangan lupa untuk cuba pancake pisang tau!

Selain tu, bagi yang sukakan sejarah, korang boleh ke Bangkok yang  merupakan kota percutian terbaik yang menawarkan keindahan budaya melalui seni bina dan makanan. Kalau solo travel pun best tau!

4. Australia

Jika korang Australia, korang boleh ke Melbourne, jangan lepaskan peluang menaiki Puffing Railway Steam, sebuah kereta api dari Zaman Victoria atau melihat pondok pantai berwarna-warni di Brighton Bathing Boxes.

Korang juga boleh ke Perth dan menyaksikan Quokka di The Rottnest Island, habitat untuk haiwan paling gembira di dunia atau kalau korang ke Sydney, jangan lupa singgah di Bondi Beach.

5. Jepun

Jepun merupakan negara impian oleh pencinta anime, menggabungkan budaya tradisional dan moden, ibu kotanya, Tokyo menawarkan pelbagai tarikan di luar jangkaan korang!

Kalau korang nak lebih chill, mungkin korang boleh ke Sapporo yang terletak di Pulau Hokkaido untuk mendaki Gunung Moiwa atau bermain ski di Teine Ski Resort.

6. Auckland, New Zealand

Nak pergi New Zealand, jangan lupa singgah Auckland. Antara aktiviti menarik di sini korang boleh tengok ikan paus, melawat muzium dan menikmati keindahan pasir putih di Pulau Waiheke.

7. Seoul, Korea

Tak perlu diperkenalkan Seoul merupakan negara impian pecinta k-pop dan drama Korea. Selain makanan, korang kena cuba taman tema di sini. Serius best!

8. New Delhi

Layan bollywood? Jom pergi New Delhi. Barulah boleh feeling nak menari pusing-pusing sambil pakai sari!

9. Maldives

Orang kata Maldives ni syurga pulau di dunia. Kalau honeymoon ni antara wishlist untuk korang. Satu fakta menarik tentang Maldives, ia merupakan sebuah negara Islam.

Nak tempah penerbangan pada harga menjimatkan? AirAsia kan ada!

Kami dah senaraikan tempat kat atas, rasanya korang dah boleh start merancang percutian korang. Nak jimat? Jom tempah penerbangan dengan AirAsia!

Bermula 17-23 Oktober ni, AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus ke semua destinasi* dan tempat duduk. Seriuslah?!!

Korang boleh ‘terbang’ bermula 1 November 2022 sehingga 30 Jun 2023. Inilah masanya nak pergi pelan percutian korang, kalau boleh rancang sekali untuk pergi bersama yang tersayang, barulah lebih bermakna!

Tempah penerbangan korang melalui Super App AirAsia. Muat turun sekarang di Play Store dan Apps Store. Promosi ini tertakluk pada terma dan syarat ya!

*Promosi tidak termasuk laluan Indonesia

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas