Connect with us

Oh! Media

Lelaki Nigeria Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Terlepas Hukuman Mati

hospital

Oh! Tidak

Lelaki Nigeria Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Terlepas Hukuman Mati

Pada 16 Mei 2019, negara kita digemparkan dengan kes pembunuh ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang dilakukan oleh lelaki warga Nigeria. Terkini, pembunuh berkenaan dilaporkan terlepas daripada hukuman gantung sampai mati.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Buletin TV3, Mahkamah Rayuan hari ini telah menggantikan hukuman mati itu kepada penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh empat tahun lepas.

Pesalah yang dikenali sebagai Alownle Oluwajuwon Gilbert juga diperintah untuk dikenakan 12 sebatan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah.

Hukuman penjara 35 tahun ini juga dikira dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2019. Keputusan untuk menggantikan hukuman ini adalah kerana pindaaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah bersetuju dengan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa hukuman mati perlu diringankan kepada hukuman penjara berdasarkan keadaan dan fakta kes.

Pada 4 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Gilbert bersalah kerana membunuh Siti Kharina di sebuah unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya antara 12.41 pagi pada 9 Mei dan 2.30 petang pada 15 Mei 2019 dan telah menjatuhkan hukuman mati.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas