
Oh! Tidak
Lelaki Menyamar Jadi Penghantar Barang Rogol Mangsa Dua Kali, Maut Akibat Sesak Nafas
Lelaki mengadu sesak nafas selepas bergelut dengan polis. Disahkan maut selepas itu.
Seorang lelaki dilaporkan maut akibat sesak nafas selepas bergelut dengan polis di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Lapor Harian Metro, suspek yang berumur 26 tahun menyamar sebagai penghantar barang telah masuk ke dalam sebuah rumah lalu merogol salah seorang penghuni rumah sebanyak dua kali.
Suspek rogol mangsa dua kali dalam tandas dan bilik

Selain rogol, suspek juga telah menyamun wang tunai RM200 dan kad ATM milik mangsa. Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama tiga orang lagi penghuni rumah yang lain.
Suspek mengikat tangan ke empat-empat mangsa dan mengurung tiga daripadanya di dalam bilik tidur utama. Seorang lagi mangsa dibawa ke bilik kedua dan dirogol oleh suspek sebanyak dua kali di dalam bilik dan di tandas. Keempat-empat mangsa turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan, muka dan badan.
Mengikut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pihak polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian pecah rumah pada 12.40 tengah hari.
Setibanya di rumah itu, anggota telah memanggil penghuni rumah untuk membuat pemeriksaan namun tidak dijawab.
Lima minit kemudian, suspek membuka pintu dan telah bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau pemotong daging dan cuba menetak anggota polis.
Suspek sesak nafas dan meninggal dunia

Anggota berjaya mengelak dan berlaku pergelutan apabila suspek cuba melarikan diri. Suspek juga telah menumbuk muka dan menggigit tangan anggota bertugas.
Menurut laporan, suspek akhirnya berjaya ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan. Tetapi, suspek mengadu sesak nafas dan tidak sedarkan diri.
Suspek dilaporkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.
Hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian masih dalam siasatan dan tiada sebarang kecederaan ketara ditemui pada tubuh suspek.
Semakan lanjut mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan samun.
Pssttt! Kejadian ini benar-benar mengejutkan dan menunjukkan betapa bahayanya individu yang sanggup menyamar semata-mata untuk melakukan jenayah kejam. Semoga mangsa-mangsa terlibat diberi kekuatan untuk pulih daripada trauma yang dialami, dan orang ramai disarankan sentiasa berhati-hati apabila menerima tetamu atau penghantar barang yang tidak dikenali.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
