Oh! Tidak
Berang Tak Dapat Duit, Pengemis Pukul Lelaki Tengah Makan
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang pengemis memukul seorang lelaki yang sedang makan gara-gara tidak diberikan wang.
Kejadian yang berlaku di sebuah restoran itu dirakam dalam satu video berdurasi 30 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @sfh.reez.
Pengemis kacau pelanggan tengah makan
Dalam rakaman berkenaan, wanita tersebut dilihat menghampiri meja pelanggan yang sedang menjamu selera untuk meminta sedekah.
Namun apabila permintaannya tidak diendahkan, dia terus bertindak kasar dengan menepuk belakang lelaki tersebut sebelum berlalu pergi.
Tindakan berani wanita itu mengejutkan ramai pihak dan pantas mendapat pelbagai reaksi di media sosial.
Pukul belakang badan bertubi-tubi

Ada netizen yang ‘terkena’ berkata pengemis itu sebenarnya tidak mahu wang tetapi rokok. Sebab itulah dia berang apabila kehendaknya tidak dipenuhi.
Weh jauhnya sampai sini dia hahaha tapi dia memang suka minta rokok pun.
Rata-rata netizen mengecam tindakan pengemis itu yang disifatkan bukan sahaja biadab, malah menakutkan pelanggan yang ingin menikmati makanan.
Dalam pada itu, walaupun ramai yang berang dengan kelakuan pengemis tersebut, netizen turut memuji tindakan lelaki yang dipukul itu kerana kekal tenang dan tidak membalas semula.
#ApaKataOhmedia
Rasanya isu warga asing dan pengemis perlu ditangani dengan pendekatan yang adil dan berhemah oleh pihak berkuasa agar tidak mencetuskan ketegangan.
Kredit: TikTok @sfh.reez
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM